Siapa sahaja yang boleh lupa dengan rekaan ikonik Nissan melalui siri Fairlady Z. Rekaannya yang memukau dan timeless membuatkan model ini masih lagi mempunyai peminat dan menjadi idaman ramai.

Menerusi sebuah laporan terbaru, dilaporkan Nissan kini sedang dalam proses untuk membangunkan generasi terbaru Fairlady Z. Lebih menarik, proses pembangunan model ini sudahpun dibangunkan sejak pada tahun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan model terbaru ini bakal dinamakan sebagai Z35 dimana Nissan mensasarkan untuk model ini sebagai pencabar kepada model terbaru Toyota Supra. Chasis yan bakal dipilih Nissan melalui model ini dikatakan bakal mirip kepada model Infinity Q60 Coupe.

Infiniti Q60 Coupe. Sumber: Guide Auto

Menyoal dari segi prestasi, dilaporkan Nissan bakal menyertakan enjin VR30DDTT twin-turbo 3.0-liter V6 sepertimana model Infiniti Q50 Sport. Penggunaan enjin ini bakal membolehkan model terbaru ini dikuasakan oleh 301 kuasa kuda dan 282 torque. Model terbaru ini bakal hadir dengan dua variasi berbeza iaitu 7-speed automatic and 6-speed manual.

Difahamkan model terbaru ini bakal memulakan pengeluaran kepada pasaran seawal 2021. Setakat ini Nissan masih belum mengeluarkan rekaan rasmi serta harga bagi model terbaru mereka ini.