Diperkenalkan sebagai antara model kereta paling seksi oleh peminat kereta, Nissan pada minggu ini telah mengumumkan model 370Z Roadster bakal ditamatkan menjelang tahun hadapan.

Difahamkan penamatan pengeluaran model 370Z Roadster ini berikutan jumlah penjualan yang rendah pada tahun lalu dimana syarikat ini cuma menjual sebanyak 3,468 unit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Motor1

Meskipun penamatan model 370Z Roadster, syarikat ini masih optimis dalam menawarkan model 370Z serta 370Z Nismo 50th Anniversary Edition. Pastinya peminat roadster bakal kecewa dengan berita ini.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kemungkinan besar dimana Nissan bakal mengeluarkan kembali model roadster sempena generasi terbaru siri yang sangat ikonik bagi Nissan ini.