Tahun 2020 yang dijangka bakal menjadi tahun yang cemerlang buat Nissan nampaknya bakal menjadi tahun yang sukar diikuti tahun-tahun yang mendatang.

Semuanya bermula apabila bekas CEO Nissan, Carlos Ghosn yang didakwa dengan penggunaan wang syarikat memilih untuk melarikan diri daripada syarikat tersebut sekaligus meninggalkan negara Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
8c9317f1a97c0ace6a8eff9a5b1cf40e
Sumber: Yahoo News

Meskipun tidak lagi mengemudi syarikat Nissan, pengalaman menguruskan Nissan sejak 1999 secara tidak langsung membuatkan beliau cukup arif dengan selok belok syarikat tersebut.

Hampir beberapa minggu sepi tanpa berita, Carlos Ghosn baru-baru ini tampil dengan kenyataan menerusi peguam bela beliau yang mengatakan syarikat Nissan dijangka bankrap dalam tempoh dua atau tiga akan datang.

Selain itu beliau turut mengatakan terdapat ancaman daripada pihak ketiga dalam syarikat yang cuba menjatuhkan beliau sekaligus mengaitkan beliau mengenai salah laku wang syarikat.

decfb93bdd6e744e3c85b0a05fc24ae7
Sumber: Pinterest

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat Carlos Ghosn mungkin ada benarnya selepas penjualan model kereta Nissan di China dan Eropah semakin menurut. Syarikat ini juga dijangka bakal membuang 12,500 pekerja seluruh dunia pada akhir suku pertama 2020.

Setakat ini kes Carlos Ghosn masih lagi dalam perbicaraan manakala Nissan pada 1 Disember lalu telah melantik Makoto Uchida sebagai CEO Nissan yang baru bagi memulihkan keadaan.

Ketahui lebih lanjut mengenai jenayah yang dilakukan Carlos Ghosn meskipun digelar lagenda automotif Nissan. 

Carlos Ghosn, Legenda Automotif Nissan Yang Menjadi ‘Penjenayah’ Dikhendaki Jepun

Nissan Almera 2020 Dilancarkan Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Sumber