Ini adalah Nissan GT-R 2017 yang baru dilancarkan oleh syarikat kereta Jepun itu baru-baru ini di New York Auto Show. Tiada gubahan rekaan yang radikal berbanding model GT-R yang sebelum ini cuma dimaklumkan kereta ini lebih ‘senyap’ berbanding model sebelumnya.

Kereta yang digelar ‘The Godzilla’ oleh peminat kereta seluruh dunia ini mempunyai kuasa 565hp dari enjin 3.8L twin turbo V6, 20hp lebih daripada model sebelum ini. Menariknya tentang GT-R ini, enjinnya dipasang secara manual oleh 5 orang krew berpengalaman digelar ‘takumi’ di kilang mereka di Yokohama, Japan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahagian dalaman kereta ini telah dinaik taraf dengan kemasan kulit Nappa kualiti tinggi, sistem stereng yang baru, tempat duduk depan dengan rekaan terbaru dan banyak lagi. Pendek kata ianya sangat berbaloi. Nissan memang mahu kereta GT-R ini setaraf dengan kereta-kereta mewah yang lain seperti Audi R8, BMW M6 dan Porsche 911 tetapi dengan harga yang lebih murah dan value for money untuk pembelinya.

“Ini adalah kereta GT-R terbaik dalam sejarah model kereta ini,” kata Keno Nato, ketua bahagian pembangunan produk Nissan. Seksi Godzilla ini.

2017-nissan-gtr-01-1

2017-nissan-gtr-11-1

2017-nissan-gtr-12-1

2017-nissan-gtr-17-1

2017-nissan-gtr-18-1

2017-nissan-gtr-19-1

2017-nissan-gtr-38-1

2017-nissan-gtr-39-1

2017-nissan-gtr-40-1

2017-nissan-gtr-46-1

Sumber