Menyebut mengenai Nissan GT-R pasti ramai peminat automotif cukup tahu dengan model kereta ini yang dikenali melalui prestasinya serta enjinnya yang hebat.

Model yang berada di pasaran kini iaitu Nissan GT-R R35 meskipun sudah 12 tahun di pasaran, model ini masih lagi menjadi rebutan para peminat automotif melalui prestasinya yang dipertingkatkan setiap tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nissan-frontier-4wd_100698322_l
Nisan GT-R 2020 50th Anniversary Edition. Sumber: motorauthority

Menerusi generasi terbaru Nissan GT-R iaitu R36, haluan Nissan dilaporkan bakal berubah dimana ‘Godzilla’ mungkin diperkenalkan dengan versi hybrid atau kuasa elektrik sepenuhnya. Pengumuman yang dibuat ini sudah pastinya membuatkan para peminat Nissan GT-R sejak sekian lama sedikit kecewa mengenai keputusan yang dipilih.

Setakat ini pemilihan ini masih belum mempunyai kata putus. Menurut Hiroshi Tamura selaku individu yang bertanggungjawab dalam penghasilan model seterusnya ini, semuanya bergantung kepada permintaan pengguna sama ada model ini bakal dihasilkan dengan penggunaan elektrik sepenuhnya atau sebaliknya.

video-watch-the-ital-20
Sumber: Top Speed

Beliau turut memberi komen terhadap rekaan model GT-R generasi terbaru dimana mungkin tidak banyak perubahan bakal ditampilkan melihatkan kepada rekaan Nissan GT-R R35 yang masih lagi moden dan mampu kekal releven dalam tempoh 20 tahun ini sejak pelancaran.

Sebelum ini pihak Mitsubishi turut menyatakan perkara yang sama dimana siri legasi mereka Mitsubishi Evolution mungkin hadir dengan versi elektrik sempena model terbaru. Melihat kepada trend semasa, kemungkinan kita akan dapat lihat kereta keluaran JDM selepas ini masih lagi mengekalkan rekaan yang sporty namun dengan kuasa elektrik.