Bermula dengan sebagai kereta konsep, siapa sangka Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign berjaya menjadi realiti. Kehadiran moden ini sekaligus membawa nafas baru serta rekaan yang lebih fresh daripada keluarga Nissan GT-R.

Menerusi pelancaran model edisi terhad daripada Nissan ini, difahamkan model ini bukanlah pengganti kepada Nissan GT-R generasi terbaru sebaliknya dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Nissan GT-R.

05_o

10_o

Nissan GT-R50 hadir dengan beberapa perubahan dengan penawaran bumbung yang lebih rendah, rekaan lampu bahagian hadapan dan belakang yang serba baharu, bumper yang lebih garang serta rim 21-inci yang sangat memukau.

Dari segi prestasi, jelas Nissan GT-R yang sudah berusia 13 tahun ini masih mampu memberi saingan hebat kepada jenama-jenama pesaing. Menerusi model terbaru ini, Nissan telah menawarkan enjin V6 dwi-turbo 3.8 liter yang mampu menghasilkan 710 kuasa kuda serta 780 Nm. Sebuah angka yang sangat tinggi berbanding model Nissan GT-R yang biasa. Sistem brek daripada Brembo antara yang digunakan.

01_o

06_o

Meskipun berjaya menarik perhatian ramai menerusi rekaannya yang memukau, Nissan cuma mengeluarkan sebanyak 50 unit Nissan GT-R dimana tempahan untuk model ini sudah mulai dibuka sejak Disember 2018.

Harga yang ditawarkan buat model ini juga jauh lebih tinggi berbanding Nissan GT-R versi Nismo dimana Nissan GT-R50 ini sedia ditawarkan buat mereka yang berminat dengan harga sekitar €990,000 (~RM4.7 juta). Model ini bakal mula dihantar kepada para pembeli yang menempah seawal tahun 2021.

Pada tahun lalu Nissan rancang untuk melancarkan Nissan GT-R versi terbaru dengan versi hybrid atau elektrik sepenuhnya. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Nissan GT-R Versi Terbaru Mungkin Hadir Dengan Versi ‘Hybrid’ Atau Elektrik Sepenuhnya

Nissan Almera 2020 Buatkan Netizen Teruja Dengan ‘Body Kit’ Drive 68

Sumber