Sempena menyambut ulang tahun ke-50 model GT-R dan penubuhan syarikat, Italdesign bakal menghasilkan dan memasarkan model Nissan GT-R50 yang hanya akan dikeluarkan sebanyak 50 unit. Model ini juga akan tersedia dengan tiga warna pilihan iaitu kelabu, biru dan hitam.

Rekaan untuk model terbaru ini direka khas dengan pengubahsuaian model GT-R Nismo oleh pereka bentuk Itali yang profesional. Namun pengubahsuaian untuk menghasilkan model edisi khas ini agak rumit dan memakan kos yang tinggi kerana ianya akan dilengkapi dengan beberapa bahagian yang direka khas untuk model tersebut sahaja.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Nissan GT-R50 ini mempunyai enjin turbo V6 3.8 liter yang mampu menjana kuasa 710 kuasa kuda. Model ini juga akan mempunyai dua jenis gentian karbon dan panel instrument standar yang telah ditukar kepada unit digital yang sama seperti kereta di litar lumba. Nissan GT-R50 Italdesign ini bakal mula ditawarkan dengan harga $1.12 juta (RM4.67juta).

Nissan GT-R50 vckt

Nissan GT-R50 vckt

Nissan GT-R50 vckt

Nissan GT-R50 vckt

Nissan GT-R50 vckt

Baca lagi: Nissan GT-R50 Italdesign Mula Membuat Penampilan Di ‘Festival Of Speed’

Anda Mungkin Suka