Nissan telah memperkenalkan satu lagi model berprestasi tinggi iaitu Nissan GT-R Nismo 2020 yang telah dikemaskini dengan peningkatan taraf penghasilan model ini yang diinspirasikan oleh model Nissan GT-R Nismo GT3.

Bahagian luaran model seperti bampar hadapan dan belakang, fender hadapan, bonet, bumbung, penutup but belakang dan spoiler belakang telah dinaik taraf dengan gantian setiap unit komponen yang diperbuat daripada gentian karbon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model yang telah dinaik taraf ini mempunyai enjin VR38DETT V5 turbo berkembar yang diambil terus daripada model Nismo GT3, kuasa 600hp dan 652Nm tork maksimum yang standard dan kotak gear klac-berkembar automatik enam kelajuan.

Nissan GT-R Nismo GT3 vckt  Nissan GT-R Nismo GT3 vckt

Nissan GT-R Nismo GT3 vckt

Kelengkapan cakera brek yang bersaiz 410mm di hadapan dan 390 mm di belakang akan memberikan kelajuan maksima 300 km/j dan ianya juga mampu berhenti dengan lebih cepat.

Untuk pengetahuan anda, model GT-R R35 ini merupakan model GT-R terlama dalam pasaran. Model yang diperkenalkan pada tahun 2007 ini sudahpun menjangkau 12 tahun di pasaran pada tahun ini. Sebagai perbandingan, model GT-R R33 dan R34 cuma berada empat tahun di dalam pasaran.