Setelah pelbagai desas-desus menjadi perbualan peminat ‘supercar-killer’ dari Jepun, akhirnya Nissan mengumumkan pelancaran model baharu GT-R 2022 dengan dua varian baharu ‘T-Spec’ khas untuk pasaran Jepun.

Tidak banyak perbezaan berbanding model GT-R R35 terdahulu, kedua-dua model tersebut menggunakan brek carbon ceramic, spoiler carbon fibre, penutup enjin khas dan lencana eksklusif pada bahagian hadapan serta belakang kereta.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Nissan GT-R Premium Edition T-spec hadir dengan reka bentuk dalaman yang eksklusif, roda aloi ‘Rays’ berwarna gangsa dan sistem suspensi yang membantu penurunan berat badan kereta. Manakala lebar keempat-empat roda telah diperluas bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan sensitif.

Manakala model GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-spec pula memfokuskan pada peningkatan prestasi pemanduan dengan menggunakan bumbung dan penutup bonet belakang diperbuat dengan carbon fibre. Prestasi model ini telah tambah baik dengan teknologi NISMO.

Sumber Gambar: Nissan

Menurut kenyataan rasmi Nissan, hanya sebanyak 100 unit model edisi khas dirancang untuk dijual kepada pelanggan yang berjaya terpilih secara undian.

Model Premium Edition T-spec dijual pada harga ¥15,904,900 Yen (RM599,716) dan Track Edition Engineered by NISMO T-spec berharga ¥17,881,600 (RM674,250) sahaja.

Tidak dilupakan juga, kedua-dua model GT-R 2022 ‘T-Spec’ hadir dengan dua pilihan warna ikonik Nissan iaitu ‘Midnight Purple’ dan ‘Millennium Jade’.

Warna Midnight Purple | Sumber Gambar: Nissan

Warna Millennium Jade | Sumber Gambar: Nissan

Pada tahun lalu kerjasama antara negara Jepun dan Itali telah menghasilkan sebuah model GT-R R35 lebih moden pada tanda harga yang lebih mahal. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Nissan GT-R50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM4.7 Juta

Anda Mungkin Suka