Bulan pertama bagi tahun 2020 belum sahaja berakhir dan nampaknya situasi yang berlaku pada jenama automotif Jepun, Nissan telah memberi gambaran syarikat ini bakal melalui tahun yang penuh cabaran.

Bermula dengan kehilangan Carlos Ghosn selaku bekas CEO Nissan yang melarikan diri kerana didakwa salah laku wang syarikat, seterusnya jenama ini dikejutkan dengan kenyataan beliau yang mengatakan Nissan dijangka bankrap dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →
unp-ae-33472-nissan-plant-sunderland-019

Sumber: Auto Express

Terbaharu, Nissan dilaporkan bakal meneruskan pelan pengurangan kos syarikat mereka berikutan penjualan kereta Nissan yang kurang memberangsangkan di beberapa buah negara.

Berdasarkan pelan yang disebutkan, sebanyak 4,300 pekerja bakal disingkirkan manakala dua buah kilang bakal ditutup dimana pelan ini bakal mengurangkan kos operasi Nissan sebanyak ¥480 bilion (~RM18 bilion). Pelan pengurangan kos ini dijangka bakal diteruskan sehingga 2023.

GettyImages-1139306923

Sumber: Middle East Monitor

Mengulas mengenai bekas Carlos Ghosn selaku bekas CEO Nissan, beliau kini berada di Lubnan dan sedang dalam proses perbicaraan mengenai dakwaan salah laku wang syarikat yang bakal membuatkan beliau dipenjarakan selama 15 tahun.

-->

Situasi yang berlaku kepada Carlos Ghosn ini bukan sahaja membuatkan dirinya sukar bergerak bebas malah lebih memberi kesan kepada syarikat Nissan dimana beliau mula berkhidmat di syarikat ini sejak tahun 1999.

Kami kongsikan kepada lebih banyak laporan mengenai keadaan Nissan yang berlaku pada bulan ini.

Nissan Dijangka Bankrap Dalam Tempoh Tiga Tahun Lagi

Carlos Ghosn, Legenda Automotif Nissan Yang Menjadi ‘Penjenayah’ Dikhendaki Jepun

Anda Mungkin Suka