Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nissan Skyline R34 GT-R (R34) merupakan salah satu kereta lagenda JDM (Japanese Domestic Market) yang masih menjadi rebutan orang ramai di seluruh dunia. Kereta ini telah menaikkan nama negara Jepun di dalam dunia permotoran dan turut dikenali sebagai Godzilla kerana kemampuannya untuk memberikan saingan sengit di dalam trek perlumbaan.

Kereta R34 telah menjadi sebuah kereta ikonik dunia apabila model kereta ini telah digunakan pada permainan video seperti Gran Turismo dan Need for Speed yang mempunyai hampir 20 juta pemain di seluruh dunia semenjak tahun 1999.

Gran Turismo 6

Sumber Gambar: Gran Turismo

vocket-need-for-speed-r34

Sumber Gambar: Need For Speed

vocket-nissan-skyline-r34-paul-walker

Sumber Gambar: Pinterest.com

Angka peminat kereta R34 melonjak naik lagi apabila model kereta ini digunakan dalam francais filem Hollywood, Fast and Furious pada tahun 2001. Kereta ini menjadi lebih terkenal apabila kereta ini dipandu oleh mendiang Paul Walker yang merupakan salah satu ikon.

Menurut GTR-Registry terdapat kira-kira 11,578 buah Nissan Skyline R34 GT-R yang telah dihasilkan sepanjang tahun 1999 sehingga 2002. Kereta legenda ini hanya dijual secara rasmi di pasaran Jepun dan beberapa varian khas terhad untuk pasaran UK, Singapura, Hong Kong dan New Zealand sahaja.

Tidak dapat bayangkan jika pengeluaran model kereta ini dilanjutkan 2 atau 3 tahun lagi, sudah pasti akan ada varian khas untuk pasaran Malaysia.

Harga masih mencecah ratusan ribu ringgit

vocket-nissan-skyline-r34-gt-r-sale-2

Sumber Gambar: cars.mitula.my

vocket-nissan-skyline-r34-gt-r-sale-1

Sumber Gambar: cars.mitula.my

THE HP ACCESSORIES‼️Nissan GTR R34 Vspec fully restore‼️condition up for saleEngine rb26 twin turboChasis number…

Posted by The HP Accessories on Monday, August 3, 2020

Walaupun kereta R34 ini sudah menginjak usia 22 tahun pada tahun ini, harganya masih tetap mencecah ratusan ribu ringgit. Melalui hasil carian pada Facebook Group atau laman web menjual kereta, rata-rata kereta ini dijual dengan harga enam angka.

Disebabkan kereta, spare-part dan aksesorinya yang sukar dicari di pasaran, jadi tidak terkejutlah bila harga kereta ini kian meningkat dari hari ke hari disebabkan permintaan yang tinggi dikalangan peminatnya.

Kos baik pulih sama seperti membeli sebuah unit lain

vocket-nissan-skyline-r34-3

Sumber Gambar: Facebook

Pada minggu lalu, peminat-peminat kereta lagenda R34 meluahkan rasa sedih apabila gambar-gambar sebuah R34 berwarna biru terlibat dalam satu kemalangan tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Kemalangan itu berlaku disebabkan kereta R34 terbabit mahu mengelak sebuah lori yang mahu membuat pusingan u-turn secara mengejut lalu kereta tersebut melanggar pembahagi jalan.

Insiden tersebut telah mengakibatkan bahagian kanan hadapan kereta hancur remuk. Sekali lihat, kereta R34 tersebut boleh dikatakan sebagai total lost.

Mengikut maklum balas dari pihak-pihak yang berpengalaman, mereka menyatakan kereta tersebut masih boleh dibaik pulih semula atau dileraikan untuk dijadikan spare-part.

Jika pemilik kereta mahu membaiki semula kereta tersebut dengan kos anggaran boleh mencecah ratusan ribu ringgit disebabkan kesukaran untuk mendapatkan barang-barang spare-part. Jumlah kos itu umpama boleh beli sebuah kereta Nissan Skyline R34 GT-R yang lain.

vocket-nissan-skyline-r34-masih-baik-1-1

Sumber Gambar: Instagram

Namun, berita yang kami terima kereta R34 tersebut tidak total lost dan enjinnya masih berfungsi dengan baik. Jadi kos untuk membaiki kereta tersebut sedikit berkurangan.

Dijangka harga pasaran tertinggi pada tahun 2024 nanti

vocket-nissan-skyline-r34-5-1

Sumber Gambar: GTR-Registry.com

vocket-nissan-skyline-r34-2-1

Sumber Gambar: GTR-Registry.com

Ramai peminat-peminat kereta Godzilla menjangkakan harga kereta ini akan meningkat lebih tinggi lagi pada masa akan datang. Menurut Greg Anagnostopoulos, pemilik kedai pakar restorasi pelbagai model Nissan Skyline terletak di New York berkata, “Pada tahun 2024, kereta R34 boleh dipandu secara sah di Amerika Syarikat tanpa sebarang kebenaran khas. Peminat kereta ini akan menyedari betapa berharganya kereta Skyline bukan hanya dari segi sejarah tetapi dari segi budaya dan artistik yang akan mendorong harga kereta menjadi lebih tinggi.”

“Apabila kereta ini berumur 25 tahun nanti, kita akan lihat harganya akan meningkat lebih tinggi berbanding model-model Skyline yang sebelumnya,” tambah Greg.

Baca kisah seorang lelaki yang sanggup menjual kereta milik Nissan GTR miliknya untuk menampung dana kerja amal melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal

‘Jangan Lupa Saya Kalau Saya Tak Ada Dalam Syurga’ – Firdaus Wong Sebak Terima Ford Ranger ‘Off-Road’

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

 

 

Anda Mungkin Suka