Selama hampir 11 tahun berada dalam produksi, Nissan tidak melakukan apa-apa perubahan yang besar pada penampilan kereta sports GT-R (R35).

Nissan telah memperkenalkan barisan GT-R edisi khas dengan unit penghasilan yang amat terhad berikutan perjanjian yang telah dibuat di antara pihak Nissan dengan pemain tennis Grand Slam iaitu Naomi Osaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Naomi Osaka yang merupakan pemain tennis kelahiran Jepun yang berusia 21 tahun telah membantu Nissan memilih penampilan akhir GT-R dengan tiga pilihan warna iaitu Brilliant White, Meteor Flake Black Pearl dan Midnight Opal.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm (4)

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm (5)

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm (6)

https://www.instagram.com/p/BqGeY0SAXR2/

Nissan turut melengkapkan penghasilan GT-R ini dengan ‘spoiler’ belakang jenis dry carbon dan plet emas di bahagian ruang enjin, manakala ruang kabin pula dihasilkan dengan tiga pilihan warna trim.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm (3)

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm (10)

Model GT-R edisi khas yang bakal dihasilkan berdasarkan varian Premium, dengan unit penghasilan yang amat terhad sebanyak 50 unit sahaja dan hanya boleh didapati di Jepun dengan harga jualan yang bakal diumumkan pada bulan hadapan.

Anda mungkin telah melihat sendiri bagaimana rupa sebenar GT-R50 yang dihasilkan dalam unit terhad itu, namun bagi mereka yang ingin mengekalkan imej R Godzilla yang asal, mereka boleh mendapatkannya di Jepun.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.