Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) pada minggu ini mengumumkan promosi khas bagi kesemua model kereta Nissan sempena musim perayaan yang bakal tiba beserta dengan perlaksanaan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST). Promosi masa terhad ini bakal dilangsungkan ETCM sepanjang bulan Jun ini.

Antara model yang berjaya ditawarkan pada harga dengan diskaun yang tinggi adalah Nissan Navara 2.5LV yang ditawarkan dengan rebat mencecah RM15,000 menjadikan model ini ditawarkan pada harga RM89,595.12. Berikut merupakan beberapa model lain yang ditawarkan sempena promosi Aidilfitri ini.

34558724_10156697881706686_1811835209402810368_o

34795311_10156697887981686_5110009719204872192_o (1)

34558714_10156697900196686_3026707730309054464_o

34692317_10156697894741686_5804613068927270912_o

Tidak hanya menawarkan rebat, ETCM turut menawarkan hadiah menarik buat pembeli bertuah berupa kerusi urut uLove daripada jenama OSIM bernilai RM19,998 beserta hadiah-hadiah lain bernilai RM450,000.

Buat anda yang ingin bergaya dengan kereta baru bersempena musim perayaan ini dengan rebat diskaun yang tinggi, mungkin ini masanya anda dapatkan daripada Nissan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).