Sejak Carlos Ghosn selaku bekas CEO Nissan mengundur diri daripada Nissan serta melarikan diri keluar daripada Jepun, dapat dilihat situasi syarikat ini semakin merudum.

Situasi menjadi lebih sukar buat Nissan yang sebelum ini berada diambang bankrap terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 sekaligus memberi impak besar buat kesemua syarikat automotif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_8_7_7_8_16778778-4-eng-GB_L00001 (1)
Bekas CEO Nissan, Carlos Ghosn. Sumber: Nikkei Asian Review

Dalam usaha menyelamatkan Nissan serta memastikan syarikat ini mampu bertahan dalam tempoh yang panjang, Nissan menerusi pelan penstrukturan terbaru telah memilih untuk menutup kilang mereka di Barcelona, Sepanyol serta di Indonesia.

Keputusan yang dibuat ini bagi memastikan syarikat ini terus bertahan ini walau bagaimanapun telah mengundang protes di kalangan para pekerja di Barcelona.

Screen Shot 2020-05-30 at 1.03.43 PM
Sumber: France24

Dilaporkan para pekerja tampil menunjuk perasaan dengan membakar tayar di hadapan kilang yang sudah beroperasi lebih empat dekad yang sekaligus memberi kesan kepada 23,000 pekerja di kilang tersebut.

Kilang di Jakarta, Indonesia juga turut ditutup dimana syarikat ini memilih untuk mengurangkan penawaran kereta di peringkat global serta mahu memfokuskan pengeluaran kereta di peringkat ASEAN melalui kilang di Thailand.

Dalam pada itu, Nissan turut tampil dengan sebuah video teaser terbaru menampilkan 12 model terbaru daripada pelbagai segmen yang bakal dilancarkan sepanjang 18 bulan ini. Sama-sama kita nantikan nasib syarikat Nissan sama ada syarikat ini mampu mampu terus bertahan atau sebaliknya.

Ketahui lebih lanjut mengenai legend automotif Nissan iaitu Carlos Ghosn yang kini menjadi penjenayah dikhendaki di Jepun. 

Carlos Ghosn, Legenda Automotif Nissan Yang Menjadi ‘Penjenayah’ Dikhendaki Jepun

‘Rahsia’ Bagaimana Bekas CEO Nissan Larikan Diri Dari Jepun Akhirnya Terjawab

Nissan Sedia Buang 4,300 Pekerja Dan Tutup Dua Buah Kilang