Jika sebelum ini hanya Tesla yang merupakan syarikat kereta yang memfokuskan kepada penjimatan tenaga elektrik untuk rumah, kini tiba giliran Nissan untuk memperkenalkan Nissan xStorage.

Power bank daripada Nissan ini membolehkan anda menyimpan tenaga dengan mengecas ketika luar waktu puncak, dan seterusnya digunakan pada pelbagai peralatan elektronik harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

27968-9c2f27e2_945_556

Seperti alat penyimpanan tenaga yang lain, xStorage menjana tenaga melalui solar dan seterusnya dapat digunakan untuk mengecas kenderaan, mahupun untuk digunakan pada peralatan elektronik ketika tenaga elektif terputus ketika rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Apa yang lebih menarik, Nissan juga akan menyertakan aplikasi khas untuk xStorage membolehkan pengguna memantau penggunaan tenaga yang digunakan disimpan.

Berdasarkan laporan daripada Nissan, xStorage bakal mempunyai kapasiti sebanyak 4.2kWh dan akan mula dijual dengan harga bermula dengan $4622.

Sumber