Selepas dikejutkan dengan berita pengumuman Nazir Razak yang bakal meninggalkan CIMB Bank selepas 29 tahun berkhidmat, beberapa jam kemudian seorang lagi adik bekas perdana menteri, Datuk Mohamed Nizam Razak meletak jawatan sebagai Pengarah Petra Energy Berhad.

Petra Energy Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri huluan minyak dan gas negara. Menurut sebuah kenyataan Nizam Razak mengambil keputusan untuk berundur dari jawatannya kerana beliau bakal menyertai bisnes kerjasama yang lain. Beliau sebelumnya mempunyai sebanyak 29.25 juta syer di dalam Petra Energy Berhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut kenyataan seorang kenalan rapat Datuk Seri Najib, Tan Sri Bustari Yusuf berkata beliau telah menambah sebanyak 64,000 lagi syer melalui pasaran saham terbuka minggu lalu menjadikan jumlah syer beliau sebanyak 90.447 juta saham.