Tular di media sosial baru-baru ini apabila gambar Nobita dan Shizuka melangsungkan perkahwinan. Gambar itu pastinya mengamit memori bagi mereka yang mengikut rapat siri kartun tersebut.

Gambar yang tular itu adalah sebahagian momen di dalam filem Stand By Me Doraemon 2 yang awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2020, tetapi ditunda kerana gelombang virus korona. Filem ini akhirnya dilancarkan di Jepun pada 20 November 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan treler yang dikeluarkan sejak Oktober 2020, Nobita dilihat akan kembali menemui neneknya, yang meninggal dunia ketika dia masih bayi. Ditemani oleh Doraemon, Nobita memerhatikan dan mengikuti aktiviti neneknya tanpa disedari.

Pada satu ketika, Nobita secara diam-diam mendengar keinginan neneknya yang tersembunyi, iaitu untuk dapat melihat cucunya berkahwin pada masa akan datang.

Nobita juga pergi ke masa depan untuk menyaksikan hari perkahwinannya dengan Shizuka. Namun, pada hari perkahwinan itu, Nobita yang dewasa tiba-tiba melarikan diri.

Namun apa yang menjadi persoalan adalah, adakah Doraemon masih bersama Nobita semasa dia melangsungkan perkahwinan?

https://twitter.com/IBCIG/status/1351540985696665601

Persoalan ini turut ditanya oleh beberapa orang netizen yang lain, mereka yang mengikut rapat siri kartun ini pastinya ingin melihat perkahwinan Nobita dan Shizuka bersama-sama dengan kehadiran Doraeman yang selalu menjadi tempat Nobita meluahkan rasa hatinya.

“Waktu berjalan sangat pantas, walaupun ketika saya masih kecil, hari saya ditemani oleh Nobita. Tahniah atas perkahwinan anda Nobita & Shizuka. Kenapa Doraemon tidak ada?” Tanya salah seorang netizen.

“Doraemon adalah robot dari era cucu Nobita, yang ditugaskan untuk membuat Nobita bahagia. Jadi kebahagiaan Nobita berkahwin dengan Shizuka. Sekiranya Nobita sudah gembira, Doraemon kembali pada abadnya,” jawab salah seorang netizen.

https://twitter.com/menteribacot/status/1351418635160485890

Manakala yang lain pula membalas, “Pasti sedih jika Doraemon tidak ada di hari perkahwinan Nobita.”

Tidak pasti ke mana perginya Doraemon, tetapi jika benar dia kembali ke abadnya dan tidak hadir di hari paling bahagia Nobita, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan.

Namun, jawapan itu hanya mampu dijawab jika kita menonton filem Stand By Me Doraemon 2. Mungkin kita akan tahu dimanakah Doreamon atau mungkin dia sebenarnya hadir, tetapi ditugaskan untuk mengambil gambar.

Filem ini masih belum memasuki Malaysia, tetapi akan ditayangkan di negara jiran, Indonesia pada bulan hadapan.

Tahukah anda, rumah Nobita di Tokyo sebenarnya bernilai RM2 juta di dunia nyata. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sering Dilihat Sederhana, Rumah Nobita Sebenarnya Bernilai RM2 Juta Di Dunia Nyata

Apa Kesudahan Kartun Doraemon? Saya Ke Osaka Untuk Jejak Nobita Dan Temui Ini

Adakah Akhirnya Nobita Berkahwin Dengan Shizuka? Satu Jawapan Yang Kita Mahu Tahu Dari Dulu