‘Nokia, One Billion Customer, Can Anyone Catch The Cell Phone King?’ Inilah kenyataan dari majalah paling popular di dunia, Forbes. Majalah ini diterbitkan pada bulan November 2007, iaitu beberapa bulan selepas Apple melancarkan iPhone generasi pertama.

Nokia 1 bilion

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nokia pada ketika itu lebih memfokuskan kepada telefon selular manakala Apple memfokuskan telefon pintar. Berdasarkan rekod, Nokia masih menjadi jenama nombor pertama dan kedua iaitu masing-masing menjual telefon bimbit sekitar 250 juta unit bagi model Nokia 1100 dan 1110.

Apple pula berada di tempat ketiga dengan jualan iPhone 6/Plus iaitu sekitar 220 juta unit. Mengikut rekod Nokia masih antara jenama paling popular jika dilihat pada kedudukan top 5 telefon bimbit paling popular di dunia.

Berikut merupakan kedudukan terkini telefon bimbit paling laris dijual sepanjang sejarah mengikut laporan dari Wikipedia:

t-nokia-1110

1. Nokia (250 juta unit – Nokia 1100)
2. Nokia (250 juta unit – Nokia 1110)
3. Apple (220 juta unit – iPhone 6/Plus)
4. Nokia (160 juta unit – Nokia 3210)
5. Nokia (150 juta unit – Nokia 1200)

Nokia sekitar tahun 1999 hingga 2007 amat popular, lebih-lebih lagi sistem operasi Symbian yang semakin berkembang. Di Malaysia pengaruh telefon pintar masih belum meluas dan ramai dikalangan pengguna masih terpesona dengan nada polyphonic pada telefon selular mereka.

Pekembangan 3G dan 4G telah banyak mengubah landskap penggunaan telefon bimbit. Tidak hairanlah Samsung cuba untuk menjadi antara syarikat terawal memperkenalkan telefon pintar.

68d81b5c84469e8c5bdd00f43f576a69.1000x750x1

Apple pada ketika itu telah berubah hampir 360 darjah, bukan sahaja dari fokus jualan produk malah keuntungan syarikat mereka. Pada tahun 2007 juga, Steve Jobs telah memaklumkan di dalam acara MacWorld bahawa mereka telah membuang nama Apple Computer kepada Apple Inc.

Tahukah anda hasil yang diperoleh oleh Nokia pada tahun 2007 adalah sekitar USD 74.5 billion berbanding Apple yang hanya memperoleh sekitar USD24.01 billion.

Namun, pada hari ini segalanya berubah. Apple kembali berkembang sebagai salah satu calon syarikat dalam dunia yang bakal melepasi modal pasaran sekitar USD 1 trillion berbanding Nokia yang telah berpecah.

hmd-share

Jika dilihat Microsoft dan HMD Global antara syarikat yang telah menjadi keluarga Nokia. Kes ini juga sama seperti BlackBerry. Nokia yang pada masa dulunya merupakan syarikat ‘gigantic’ namun musnah dengan sekelip mata.

Lain ceritanya dengan Apple yang dulunya diambang kejatuhan, namun Apple sekarang telah berdiri megah mengatasi syarikat bertaraf dunia termasuk Microsoft.

Semuanya disebabkan oleh iPhone. Mengikut rekod, penjualan iPhone telah menguasai hampir 70% dari keuntungan Apple. Jika tiada iPhone, Apple hanya berdiri sama tinggi dengan Microsoft.

Sumber