HMD Global kini telah mengumumkan keluaran telefon terbaru mereka, Nokia 106 yang mempunyai ketahanan bateri sehingga 21 hari dan masa berbual sehingga 15.7 jam.

Pengeluaran telefon terbaru ini disasarkan untuk pasaran negara yang membangun dan juga buat mereka yang inginkan telefon kedua dengan jangka hayat bateri yang lama.

Nokia 106 ini merupakan telefon bimbit asas yang mempunyai skrin berwarna 1.8-inci dan dilengkapi papan kekunci fizikal yang berasaskan nombor. Telefon ini juga memfokuskan kepada ciri asas telefon iaitu membuat dan menerima panggilan selain SMS. Ianya juga mempunyai sokongan radio FM dan bateri yang boleh ditanggalkan.

Nokia 106 1

Telefon ini hadir dengan cip MTK 6261D, memori 4MB, dan ruangan storan 4MB. Lebih menarik lagi, telefon ini mempunyai ruang Dual SIM serta pengecasannya juga seperti telefon pintar yang lain iaitu berasaskan mikro-USB.

Walaubagaimanapun, masih tidak lagi diumumkan bila Nokia 106 bakal memasuki pasaran tempatan.