Kata orang jangan dibilang telefon Nokia jika jangka hayat bateri tidak mampu bertahan lama dan Nokia sekali lagi berjaya membuktikannya pada tahun ini. Ya, Nokia telah mengeluarkan model terbaru iaitu Nokia 150 dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga hampir sebulan.

Telefon ini merupakan 2 model keluaran terawal Nokia pada tahun ini dibawah HMD Global. Tidak seperti model Nokia 6 yang hanya bakal dijual untuk pasaran China, Nokia 150 bakal mula dijual serata dunia termasuk Malaysia dibawah edaran Avaxx Corporation.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang dapat anda lihat, Nokia 150 ini bukanlah kategori smartphone berikutan fungsi-fungsi yang ada padanya. Hadir dengan skrin bewarna 2.4-inci, lampu suluh, kamera VGA dan bluetooth antara yang ditawarkan pada model ini. Tidak dilupakan juga, game kesukaan ramai iaitu Snake. Sesuai dengan fungsi yang ditawarkan, model ini dijual dengan harga yang sangat rendah iaitu RM159.

Suatu perkara yang bagi saya amat menarik pada Nokia 150 ini selain daripada jangka hayat baterinya adalah penggunaan port micro-USB. Penggunaan port ini bukan sahaja digunakan secara meluas, malah bakal memudahkan lagi pengguna untuk mengecas menggunakan powerbank. Sudahlah, bateri tahan lama, nak cas pula senang. Memang sesuai sangat untuk dijadikan sebagai telefon kedua.

Dalam pada itu, buat anda yang ingin mendapatkan model telefon lama Nokia, Lazada antara tempat yang patut anda kunjungi untuk kembalikan feel retro menggunakan telefon Nokia. Nokia N73 dan N95 yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu turut dijual dengan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk lihat lebih banyak model yang dijual.

Baca lagi: Setelah Lama Menanti, Akhirnya Nokia Kembali Dengan Telefon Android Pertama

Sumber