Mula diperkenal Nokia Mobile pada bulan Mei lalu, nampaknya Nokia 3.1 secara rasmi telah mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, Nokia 3.1 hadir sebagai sebuah smartphone midrange dengan penggunaan processor MediaTek 6750, 3 GB RAM dan storan 32 GB. Model ini hadir skrin 5.2 dengan nisbah 18:9.  Nokia 3.1 disertakan dengan kamera belakang 13-megapixel manakala bahagian hadapan disertakan dengan kamera 8-megapixel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nokia 3.1_black_front

Nokia 3.1_white_slanted

Apa yang membuatkan model ini menarik adalah penggunaan Android One dimana para pengguna bakal menerima kemaskini dan sekuriti yang pantas berbanding model-model smartphone Android yang lain.

Nokia 3.1 bakal mula dijual dengan harga RM655. Dengan harga pengenalan yang sama, Nokia 3.1 bakal bersaing bersama beberapa model smartphone lain dengan jurang harga yang sama seperti Asus Max Pro M1 dan Xiaomi Redmi Note 5.