17 tahun bukanlah masa yang singkat buat sebuah telefon. Model 3310 keluaran Nokia ini berjaya menjadi fenomena bermula tahun 2000, seterusnya berjaya menjadi batu loncatan buat Nokia untuk terus menjadi pilihan pengguna sehingga platform Android dan iOS tiba.

Popular dengan ketahanan baterinya begitu juga dengan badannya yang tahan lasak, Nokia 3310 ini sekaligus berjaya menjadi model yang sungguh ikonik buat Nokia. Mana tidaknya, model ini telah berjaya menjadi pilihan untuk 126 juta pengguna seluruh dunia sejak mula dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin jarang sekali kita melihat sesebuah model melakukan ‘comeback‘, namun memandangkan jenama dan model ‘legend’ ini sudah berjaya lekat dihati pengguna, Nokia pada hari ini telah melancarkan Nokia 3310 edisi 2017 dengan gaya yang lebih moden serta mengekalkan elemen klasik seperti model awalnya.

Dari segi spesifikasi, Nokia 3310 versi terbaru ini hadir dengan skrin berwarna. Kamera 2-megapixel serta slot Micro-SD turut disediakan. Memandangkan telefon ini difokuskan buat pengguna yang mahu mendapatkannya sebagai telefon kedua, penyediaan dual-sim turut dilakukan.

Cuma rangkaian 2G yang disediakan. Dalam erti kata lain, pengguna cuma boleh membuat panggilan serta menghantar mesej menggunakan SMS sahaja. Kami harap pengguna tidak kekok menekan keypad untuk menghantar mesej selepas hampir sedekad touch screen keyboard menjadi pilihan.

Kata orang, tidak sah sekiranya telefon keluaran Nokia tidak tahan lasak dan mampu bertahan dengan lama. Soal tahan lasak, sama-sama kita nantikan video ujian ‘ganas’ yang bakal dilakukan. Dalam pada itu, Nokia turut mengesahkan Nokia 3310 ini mampu digunakan untuk berbual selama 22 jam serta mampu hidup selama sebulan untuk satu pengecasan penuh. Power!

Nokia turut berkongsi 4 warna menarik yang ditawarkan buat pengguna iaitu warna biru, kuning, merah dan silver. Warna yang diumumkan ini adalah simbolik kepada warna-warna awal Nokia 3310 yang diumumkan pada tahun 2000.

Harga yang diumumkan buat Nokia 3310 adalah $52 (~RM230.83) dan bakal mula dijual pada suku kedua 2017. Pada pendapat kami, telefon ini sesuai buat mereka  yang ingin jadikan Nokia 3310 sebagai telefon kedua disebabkan ketahanan baterinya. Elemen moden dan retro yang digabungkan ini bakal mengingatkan anda kembali kepada telefon mudah alih pertama anda.

Oh ya, game kegemaran ramai iaitu Snake antara yang tersedia pada telefon ini. Seperti modelnya, game Snake yang dikeluarkan ini turut menerima sentuhan baru yang tampak lebih moden.

Tahniah buat Nokia kerana berjaya tampil semula di dalam industri smartphone. Kehadiran Nokia 3310 ini lebih kepada cara Nokia menghargai para pengguna yang terus menyokong jenama ini. Kini mereka telah kembali dan akan turut mengeluarkan smartphone Android berspesifikasi tinggi bagi mencabar Apple dan Samsung. Good job Nokia!

Sumber