17 tahun menanti, akhirnya Nokia 3310 berjaya tampil dengan comeback versi terbaru. Dalam pada itu, kelewatan syarikat ini untuk menjual Nokia 3310 mungkin membuatkan telefon ini kehilangan hype atau magisnya namun tidak dari segi penjualan.

Telefon yang difikirkan tidak cukup canggih ini, ternyata masih menyimpan kenangan buat pelbagai individu apabila telefon ini habis dijual buat pasaran UK tidak sampai sehari selepas jualan dibuka.

Dari segi spesifikasi, Nokia 3310 versi terbaru ini hadir dengan skrin berwarna. Kamera 2-megapixel serta slot Micro-SD turut disediakan. Memandangkan telefon ini difokuskan buat pengguna yang mahu mendapatkannya sebagai telefon kedua, penyediaan dual-sim turut dilakukan.

Cuma rangkaian 2G yang disediakan. Dalam erti kata lain, pengguna cuma boleh membuat panggilan serta menghantar mesej menggunakan SMS sahaja. Begitu juga dengan ketiadaan aplikasi WhatsApp. Game Snake masih lagi dikekalkan dan turut diberi sentuhan moden.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Nokia 3310 versi terbaru ini sama ada untuk kegunaan sendiri sebagai telefon kedua atau dihadiahkan kepada ibu bapa anda boleh dapatkan import set Nokia 3310 di sini. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding harga rasmi.

Mungkin ini telefon yang sesuai atau cocok dengan kegunaan orang tua anda. Nokia juga turut mengesahkan Nokia 3310 ini mampu digunakan untuk berbual selama 22 jam serta mampu hidup selama sebulan untuk satu pengecasan penuh. Power!

Baca lagi: Mengapa Nokia 3310 Terbaru Sudah Dikira Berjaya Meskipun Belum Terjual