MWC 2017 selaku acara untuk pelbagai jenama mempamerkan model smartphone terbaru baru sahaja berakhir. Ironinya pada kali ini, telefon yang paling mendapat perhatian orang ramai bukanlah yang mempunyai kamera tercanggih atau inovasi terbaru namun telefon ‘retro‘ keluaran Nokia 3310.

Berita pelancaran Nokia 3310 bukan sahaja membuatkan peminat teknologi atau smartphone teruja malah orang ramai yang telah menyokong jenama ini sejak sekian lama turut berbangga dengan kehadiran semula model terbaru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Nokia 3310 18K Yellow Gold

Disebabkan permintaan yang tinggi serta berjaya mencuri perhatian umum, Gresso selaku syarikat yang menyediakan servis telefon mewah kali ini memilih Nokia 3310 sebagai telefon terbaru keluaran mereka.

Untuk pengetahuan anda, Gresso sebelum ini cuma memilih smartphone keluaran Apple sahaja. ‘Magic’ yang ada pada Nokia 3310 membuatkan model telefon bukan pintar ini dipilih.

Pemilihan material bermula dengan penggunaan body titanium dan keypad bersalur emas 18K antara yang ditawarkan buat syarikat ini. Sememangnya pembuatan telefon ‘premium‘ menjadi misi syarikat mereka.

Berikut merupakan senarai harga bagi model Nokia 3310 keluaran Gresso. Bermula daripada $3,000 USD sehingga $9,500 USD. Perbezaan harga yang dinyatakan bergantung kepada jenis material yang digunakan bergantung kepada kesesuaian ‘poket’ para pembeli.

Selain material mahal yang digunakan, setiap telefon yang ditempah akan dilakukan secara handmade dan bakal disertakan dengan no siri exclusive untuk para pengguna. Jika ada daripada anda yang ingin membuat tempahan, anda boleh lawati ke laman web Gresso di sini. Selamat membeli.

Sumber