Jika sebelum ini HMD Global telah melancarkan Nokia X6 buat pasaran China, syarikat ini turut melancarkan model yang sama dengan nama yang berbeza iaitu Nokia 6.1 Plus buat pasaran antarabangsa.

Melalui model ini, HMD Global mahu menawarkan pengguna dengan telefon pintar seakan premium dengan harga yang lebih mampu milik. Dari segi spesifikasi, model ini disertakan dengan skrin 5.8-inci IPS LCD dengan resolusi Full HD+. Processor yang digunakan pada model ini adalah Snapdragon 636, 4GB RAM beserta ruang storan 64GB dengan sokongan kad mikroSD.

nokia-6-plus-7

Terkenal dengan kameranya, model ini hadir dengan kamera dwi-lensa 16-megapixel serta 5-megapixel. Fungsi Live Bokeh antara yang hadir dalam memberi efek bokeh kepada pengguna. Kamera hadapan Nokia 6.1 Plus pula hadir dengan lensa 16-megapixel.

Dalam memberi pelancaran penggunaan kepada pengguna, model ini turut disertakan di dalam program Android One dimana model ini dioperasikan menggunakan Stock Android. Buat anda yang mahukan telefon dengan sokongan Android Pie tidak lama lagi, model ini antara yang berbaloi untuk dimiliki dengan harga RM1,149.