Setelah bertahun dikhabarkan tentang kembalinya Nokia ke industi smartphone, akhirnya tahun 2017 menjadi saksi apabila HMD Global telah mengumumkan smartphone terbaru Nokia sejak sekian lama dengan pengumuman model Nokia 6. Nama model smartphone terpendek pernah kami ketahui setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Telefon ini merupakan smartphone pertama Nokia yang menggunakan Android. Lebih menarik, smartphone ini turut menggunakan Android versi terbaru iaitu 7.0 Nougat.

Dari segi spesifikasi, Nokia 6 menggunakan chipset Snapdragon 430 beserta RAM 4 GB. Skrin 5.5-inci ditambah pula dengan penggunaan Gorilla Glass bakal membuatkan skrin Nokia 6 lebih tahan lasak.

Nokia nampaknya tidak mengabaikan kualiti kamera dan audio apabila berjaya menyertakan kamera 16 megapixel dibahagian belakang dan 8 megapixel dibahagian hadapan. Sokongan Dolby Atmos bakal membuatkan bunyi yang dihasilkan lebih jelas dan kuat.

Membawa nama jenama yang sudah dikenali ramai, Nokia 6 bakal dijual dengan harga 1699 Yuan (~RM1100). Harga yang agak releven berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan serta rekabentuk yang tampak tahan lasak dan kukuh. Malangnya, smartphone ini cuma difokuskan buat pasaran China sahaja buat masa ini.

https://www.youtube.com/watch?v=kqi1dCFjPD0

Melihat kepada cubaan pertama Nokia menghasilkan smartphone Android, kami menjangkakan Nokia mahu terus komited menghasilkan smartphone yang berkualiti baik dari segi rekaan mahupun hardware.

Selamat datang Nokia ke dunia Android. Kami sebagai bekas pengguna Nokia harap dapat sekali lagi dapat memberi impak buat industri smartphone dengan ‘comeback’ pada tahun ini.

Sumber