Jika anda peminat setia filem The Matrix, anda pasti sangat mengenali telefon Nokia 8110 ini. Pada tahun 1999, Nokia adalah jenama telefon bimbit paling terkenal di seluruh dunia dan pada ketika filem ini ditayangkan, semua orang mahukan telefon Nokia 8110 ini.

19 tahun kemudian, sebagai mengembalikan nostalgia kepada siri sains fiksyen hebat ini, Nokia bakal melancarkan kembali Nokia 8110 ini dengan fungsi yang lebih pelbagai serta skrin berwarna. Ianya tidak beroperasi secara Android sepenuhnya tetapi terdapat app store versi Nokia sendiri di mana anda boleh muat turun aplikasi Facebok dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin pihak third party akan membina aplikasi lain seperti WhatsApp atau Telegram untuk telefon ini nanti.

Telefon ini akan menyokong capaian 4G LTE disamping model dual-SIM turut sama akan dilancarkan. Paling menarik tentang telefon ini adalah baterinya dapat standby sehingga 25 hari jika tidak digunakan secara kerap. Tidak dilupakan, terdapat kamera dan juga permainan Snake yang serba baru!

Jika anda sedang mencari second phone pada harga mampu milik, ini adalah pilihan yang terbaik. Ianya akan dipasarkan pada bulan Mei ini pada harga 79 Euro (RM380+-). Elegan serta nostalgik, pasti laku keras Nokia 8110 ini apabila ianya berada di pasaran nanti.