Sejak mula membuat ‘kemunculan semula’, ramai peminat Nokia terdahulu menantikan telefon pintar daripada syarikat ini yang berkuasa tinggi dan mampu menarik perhatian mereka untuk kembali menggunakan Nokia.

Walaubagaimanapun, Nokia nampaknya lebih selesa dalam mengeluarkan telefon pintar kelas pertengahan dan mampu milik sehinggalah baru-baru ini Nokia mengumumkan bakal mengeluarkan telefon pintar flagship melalui model Nokia 9.

Berdasarkan ura-ura, Nokia 9 bakal hadir dengan processor Snapdragon 845 bersama RAM 8 GB. Ruang storan sebesar 256 GB antara yang anda boleh jangkakan bagi model ini.

Kehadiran Nokia 9 ini juga sekaligus bakal menjadi telefon pintar tercanggih pernah dilancarkan syarikat ini. Diharap Nokia 9 tidak mengulangi kesilapan Nokia 8 yang nyata mengecewakan peminat dengan penawaran kamera yang kurang memuaskan pengguna.