Sedekad lalu Nokia berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan kualiti kamera yang ditampilkan bersama lensa Carl Zeiss. Melalui ‘comeback’ Nokia baru-baru ini, syarikat ini nampaknya ingin mengulangi zaman kegemilangan mereka dengan bakal menampilkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan kamera yang unik.

Berdasarkan gambar yang tertiris, Nokia 9 dikatakan bakal mengeluarkan sebuah telefon pintar dengan penyertaan lima kamera pada bahagian belakang. Lebih unik, lima kamera yang disertakan ini disusun secara bentuk heksagon.

gsmarena_004

Dari segi spesifikasi, Nokia 9 bakal menjadi telefon pintar terhebat keluaran Nokia dengan penggunaan processor Snapdragon 845 beserta RAM 4/6 GB.

Setakat ini, pihak Nokia masih belum lagi mengongsikan apakah fungsi setiap kamera yang ditawarkan pada bahagian belakang. Walaubagaiamanapun, kami yakin kehadiran lima kamera pada bahagian belakang ini pastinya membuatkan ramai yang teruja. Harapnya model terbaru ini berjaya memberi saingan buat model-model keluaran Samsung, Apple dan Huawei.