Setelah diberikan harapan palsu setiap tahun tentang kehadiran Nokia ke arena smartphone, akhirnya secara rasminya Nokia mengumumkan mereka bakal mengeluarkan telefon terbaru seawal tahun hadapan menggunakan platform Android. Yeah!

Kerjasama diantara HMD Global (HMD) dan Nokia selama 10 tahun memberi jaminan bahawa mereka bakal kembali aktif di dalam dunia smartphone sepanjang tempoh ini.

Lebih menarik mengenai ‘comeback’ Nokia pada kali ini, syarikat mereka tidak lagi bekerjasama dengan Microsoft yang gagal membawa naik jenama Nokia Lumia sebaliknya bakal mengeluarkan smartphone pertama keluaran sendiri menggunakan Android.

Nokia N1
Nokia N1

Sebelum ini, Nokia pernah juga experiment menggunakan platform Android pada tablet namun usaha tersebut dilihat gagal selepas tidak berjaya dijual dengan baik.

Melihat kepada sejarah Nokia, kemungkinan mereka bakal mendapat kepercayaan pengguna semula jika ROM yang hadir pada Nokia terbaru cukup menarik untuk digunakan. Tidak dilupakan juga kamera yang mantap serta body yang tahan lasak.

nokia-n73-music-edition-4

nokia_5800_xpressmusic_3q

Dengan kehadiran telefon terbaru Nokia, mampukah mereka kembali ke zaman kegemilangan mereka dengan model-model telefon seperti Nokia ‘daun‘ dan Nokia ‘sabun‘? Orang lama mesti kenal telefon-telefon ni.