Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Masihkah anda ingat 10-15 tahun lepas dimana Nokia mendominasi arena telefon bimbit secara total? Cara penggunaan yang mudah, permainan yang sangat epik, kamera yang cantik, ketahanan yang baik berjaya membuatkan orang ramai impikan telefon buatan Nokia.

Nokia pada hari ini mengumumkan mereka bakal kembali untuk mengeluarkan telefon pintar dan tablet dengan sistem operasi Android. Berita ini bukanlah sesuatu yang baru malah merupakan antara tajuk ‘april fool’ yang sangat popular pada tahun ini.

Finland-Nokia-Alcatel

Ternyata Nokia sangat serius untuk pengeluarkan peranti dengan jenama mereka sejurus Microsoft mengumumkan penjualan perniagaan telefon bimbit kepada Foxconn dan HMD.

Setakat ini masih belum terdapat ura-ura tentang spesifikasi telefon pintar terbaru daripada Nokia. Nokia juga nampaknya sudah merendahkan ‘ego’nya apabila terpaksa akur dengan kehendak pengguna yang gemar menggunakan sistem operasi Android berbanding sistem operasi keluaran Nokia sendiri seperti Symbian OS dan Maemo.

nokia_camera_carl_zeiss_stuff_hd-wallpaper-247663

Walaubagaimanpun, kami masih berharap Nokia sekali lagi mampu menggegarkan industri telefon pintar dengan telefon pintar yang mempunyai ketahanan yang baik serta kamera yang mantap sepertimana era zaman Nokia dengan teknologi optik Carl Zeiss.

Anda Mungkin Suka