Sekiranya anda salah seorang yang menjadi saksi detik-detik awal pertempuran smartphone camera, kami yakin anda pernah mendengar lensa-lensa popular ketika itu seperti Cyber-shot dan dan Carl Zeiss.

Ketika itu, telefon keluaran Nokia dan Sony Ericsson sememangnya menjadi pilihan ramai dan sering dibandingkan sepertimana smartphone keluaran Apple dan Samsung ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nokia-Carl-Zeiss-1280×719

Sedekad berlalu, telefon keluaran Sony Ericsson kini cuma dikenali sebagai Sony manakala Nokia menjadikan tahun 2017 sebagai langkah untuk melakukan comeback dibawah pengurusan HMD Global.

Nampaknya, kehadiran Nokia pada kali ini turut menjemput ‘rakan lama’ syarikat ini iaitu ZEISS untuk kerjasama menghasilkan smartphone camera seperti zaman kegemilangan mereka suatu masa dahulu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SANYO DIGITAL CAMERA

Melihat kepada hasil kerjasama diantara dua syarikat ‘legend’ ini kemungkinan besar kita akan melihat Nokia mengeluarkan smartphone yang memfokuskan kepada kecekapan kamera sekaligus memberi saingan kepada Samsung, Huawei dan Apple.

Sekiranya anda sedang menantikan smartphone yang kukuh, tahan lasak dan mempunyai kamera yang hebat, ini smartphone yang wajar nantikan.

Sumber