Walaupun Nokia tidak lagi berada dalam pasaran telefon pintar, mereka tetap kekal komited dengan perniagaan yang lain. Salah satunya ialah Nokia HERE Maps, salah satu aplikasi memfokuskan pemetaan, dimana ia membolehkan pengguna menggunakannya untuk mencari lokasi, ataupun menggunakan ia untuk tujuan navigasi. Terkini Nokia secara rasminya telah pun menerbitkan ia di iTunes semula selepas setahun ditarik balik kerana banyak kelemahan yang timbul.

Apa yang membezakan HERE Maps dengan aplikasi pemetaan lain seperti Google Maps dan Apple Maps adalah sokongan offline, pengguna boleh memuat-turun peta sesebuah negara dan menyimpannya untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja, amat berguna untuk mengelakkan cas berlebihan perkhidmatan roaming di luar negara. Walaupun tanpa akses internet, anda masih boleh mengetahui kedudukan terkini dan mencari laluan perjalanan antara berjalan kaki ataupun pengangkutan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda juga boleh berkongsi kedudukan dengan rakan anda dengan mudah kerana Nokia telah menggunakan teknologi Glympse. Lambat ke mesyuarat? Ingin berjumpa kawan di kedai minum baru? Nokia HERE boleh membantu anda. Walaupun rakan anda belum mendaftar sebagai pengguna Nokia HERE, meraka masih boleh menerima lokasi yang anda kongsi.

Selain itu, pengguna juga boleh mengetahui pelbagai perkara lain. Antaranya seperti keadaan trafik semasa, melihat lokasi-lokasi menarik berdekatan mengikut kategori dan bookmark lokasi.


Muat-turun HERE Maps di iTunes untuk pengguna iOS
Muat-turun HERE Maps di Google Play untuk pengguna Android

810x465_4h

810x465_1h

810x465_3h

810x465_2h

https://www.youtube.com/watch?v=Asn-9BtwIE0