Sekiranya anda pernah melalui zaman kegemilangan Nokia, pastinya anda cukup kenal dengan siri XpressMusic yang berjaya membuatkan orang ramai tergila-gila untuk memilikinya dimana siri ini memfokuskan kepada muzik.

Terbaharu, Nokia dilaporkan bakal mengeluarkan model daripada siri XpressMusic yang berjaya menyimpan 1001 kenangan buat pemiliknya.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, siri yang mungkin membuatkan orang ramai beralih ke Nokia ini nampaknya seolah tidak diambil serius oleh jenama ini selepas Nokia dilaporkan sekadar bakal mengeluarkan semula telefon bimbit klasik yang pernah popular suatu ketika dahulu mirip Nokia 5310 XpressMusic.

gsmarena_001

gsmarena_002

Model yang bakal dikeluarkan ini hadir dengan spesifikasi skrin 2.4-inci, memori 8MB dan ruang storan 16MB, kamera 0.3-megapixel beserta keyboard T9.

Alangkah menariknya jika Nokia bereksperimen dengan menghasilkan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi terkini serta diberi sentuhan XpressMusic yang mungkin membuatkan orang ramai tertarik.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Nokia tampil model klasik, sebelum ini Nokia 3310 dan Nokia 8110 antara yang terawal menerima pembaharuan sejak dilaporkan Nokia mahu kembali menggegarkan pasaran seperti dahulu kala.

Nokia pada tahun lalu telah melancarkan telefon pintar mampu milik iaitu Nokia 2.2 serta Nokia 9 Pureview yang hadir dengan lima kamera pada bahagian belakang.

Telefon Pintar Android One Nokia 2.2 Dilancarkan Dengan Harga RM399

Nokia 9 Pureview Dilancarkan Dengan Lima Kamera Pada Bahagian Belakang

Anda Mungkin Suka