Awal tahun ini Nokia telahpun membuat comeback dengan mengeluarkan beberapa model terbaru menggunakan sistem operasi Android. Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kehadiran semula model terbaru Nokia 3310 yang pernah menjadi nostalgia pengguna awal telefon bimbit suatu ketika dahulu.

Dalam pada itu, kehadiran Nokia 3310 ternyata tidak mampu menberikan apa yang dimahukan pengguna pada masa kini. Ketiadaan aplikasi WhatsApp dan tidak menggunakan sistem operasi Android jelas membantutkan pengguna untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nokia_2-the_design

Pada minggu ini, Nokia kembali dengan model terbaru mereka iaitu Nokia 2 yang sekaligus membawakan identiti yang sudah lama menjadi trademark Nokia suatu ketika dahulu iaitu ketahanan bateri yang lama dan tahan lasak.

Dari segi spesifikasi Nokia 2 menggunakan processor Snapdragon 212 dan RAM 1 GB.  Saiz kapasiti 4100 mAh antara yang membuatkan Nokia 2 tampil istimewa dimana Nokia menjanjikan ketahanan bateri selama dua hari penggunaan. Seperti model Nokia yang lain, Nokia 2 turut menggunakan Pure Android.

Nokia-2-66-1

Nak tahu apa yang lebih best? Nokia 2 bakal ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu sekitar $100 (~RM406.40). Buat anda yang sedang mencari smartphone mampu milik dengan ketahanan bateri yang lama atau mungkin ingin menghadiahkan telefon kepada orang tua anda, mungkin ini model terbaik anda boleh dapatkan.

Sumber