Jika sebelum ini Apple mengumumkan iPhone X sebagai model iPhone sempena sepuluh tahun pelancaran, Nokia nampaknya bakal mengikuti pemilihan nama model yang hampir sama dengan pelancaran Nokia X pada akhir bulan ini.

Pada model ini, Nokia dikatakan mahu memberikan yang terbaik sekaligus ingin tampil kompetitif di dalam dunia smartphone Android.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan ura-ura, Nokia X mungkin bakal disertakan dengan processor terbaru daripada Snadragon atau MediaTek. RAM 6 GB antara yang bakal disertakan dalam memberikan kelajuan yang diperlukan buat pengguna.

JMsaiMH7LDyEGwWMiwCtxg-1920-80

Dari segi kamera, Nokia X dikatakan merupakan cubaan terbaik Nokia untuk mengembalikan ‘zaman kegemilangan’ Nokia seperti dahulu kala. Lensa Carl-Zeiss antara yang bakal digunakan.

Setakat ini masih belum banyak spesifikasi dan gambar yang dikongsikan mahupun tertiris. Segalanya bakal terjawab pada 27 April ini apabila Nokia melancarkannya secara rasmi. Mampukah Nokia X menjadi pencabar Apple iPhone X?