Squid Game kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Drama yang mengisahkan tentang mereka yang mempunyai masalah kewangan diundang oleh lelaki misteri untuk bermain permainan dengan menawarkan hadiah yang lumayan.

Lelaki misteri itu memberikan kad dengan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya sasarannya bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kerana keadaan hidup yang memburuk, kebanyakan daripada mereka bersetuju untuk bermain demi memperoleh 45.6 bilion won.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, siapa sangka, siri drama Squid Game yang ditayangkan di Netflix ini akan mempengaruhi kehidupan seseorang dalam kehidupan nyata kerana nombor telefon di kad yang ditawarkan oleh lelaki misteri dalam siri itu sebenarnya asli dan didaftarkan atas nama seseorang.

Hasilnya, pemilik asli nombor telefon terbabit menerima banyak mesej dan panggilan telefon, “Setelah Squid Game ditayangkan, saya telah menerima panggilan dan SMS tanpa henti, 24/7, sehingga sukar bagi saya untuk meneruskan kehidupan seharian,” kata pemilik nombor yang dipetik dari laman The Korea Herald.

Dia ada terfikir mahu menukar nombor telefon, tetapi nombor tersebut sudah digunakan selama lebih 10 tahun. Ini membuatkan dia ragu walaupun sudah menerima lebih 4,000 panggilan setiap hari.

Difahamkan, pasukan produksi hanya membuang tiga digit pertama dari keseluruhan nombor telefon tersebut. Jadi, penonton dapat menghubungi nombor dengan mudah menggunakan kod kawasan. Untuk Kota Seoul, Korea Selatan, kod kawasannya adalah 010.

Pihak Netflix sudah pun menghubungi lelaki tersebut dan meminta pihak produksi untuk menyelesaikan isu terbabit. Today Online melaporkan bahawa jika Netflix gagal mencari jalan penyelesaian, syarikat terbabit boleh didenda sebanyak 50 juta won.

Sebelum itu lagi, Squid Game telah dilanda kontroversi kerana didakwa menirum filem 2014 dari Jepun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penonton Mula Dakwa Squid Game Tiru Filem Jepun Tahun 2014

Tidak Cekap Dan Hanya Lempar Di Lantai, Netizen Terhibur Lihat Skill ‘Peserta’ Squid Game Di Stesen MRT