Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat kebanjiran nombor plat khas dan unik yang diperkenalkan. Penyertaan nombor plat khas ini juga ternyata turut mendapat sambutan ramai dimana terdapat individu yang sanggup membidanya dengan harga mencecah enam angka.

Terbaru, pihak kerajaan telah meluluskan pihak universiti awam atau IPTA untuk memperkenalkan nombor plat yang merujuk kepada universiti mereka. Menerusi kenyataan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, pengenalan nombor plat khas ini secara tidak langsung bakal menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan universiti tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
44661697_1564839373661751_2178056281774882816_o
Antara nombor plat khas yang ditawarkan sebelum ini. Sumber: Tempahan nombor plat dan tender number plate

Selain itu, pihak kerajaan turut bersetuju untuk menurunkan harga permohonan nombor plat khas yang sebelum ini bernilai RM1 juta kepada RM500,000 sahaja. Kelonggaran yang diberikan selama tiga tahun ini membolehkan pihak universiti menawarkan nombor plat secara tender atau bidaan.

Melihat kepada jumlah graduan IPTA dalam negara, pastinya idea ini bakal disambut baik serta dijual dengan laris. Pembelian nombor plat khas ini juga secara tidak langsung menunjukkan sokongan anda di universiti berkenaan.

Sumber