Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yang ada password).

Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK?

Panduan untuk letakkan nombor telefon WARIS bila berlaku kemalangan – di bawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di skrin bila telefon anda LOCK.

Ia akan memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:

Lenovo

1. Setting
2. Security
3. Owner info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Samsung

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner infomation – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Asus

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Xiaomi

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info – Masukkan nombor telefon kecemasan.

Apabila skrin lock, nombor telefon kecemasan akan terpapar di skrin.

iPhone (Apple)

Untuk setting, buka aplikasi “Health” dan daftar Medical ID.

Untuk melihat maklumat peribadi setelah Medical ID didaftarkan:

1. Slide
2. Emergency
3. Medical id – Nombor telefon kecemasan akan terpapar.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya.

SHARE jika informasi ini bermanfaat.

BACA: Mana Satu Nombor Nak Dail Waktu Kecemasan? 999 atau 112?

Artikel di atas disumbangkan oleh Turbofix Mobile. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka