Datuk Dr Noordin Ahmad secara ringkas membeli kelab bola sepak Serie B, FC Bari 1908 kerana ingin membantu pembangunan sukan bola sepak negara. Murni sungguh hati beliau.

“Saya beli kelab ini untuk bola sepak negara. Kalau kita dapat hantar pemain-pemain muda untuk menimba ilmu di sana, pasti bila mereka pulang nanti mereka akan menjadi pemain yang lebih baik,” kata Datuk Noordin kepada Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dato Bari

Idea untuk memiliki kelab berkenaan timbul secara spontan selepas Noordin mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia ketika bercuti di Itali bersama keluarga.

“Buat permulaan, saya merancang untuk membawa tiga pemain muda terbaik negara ke sana setiap tahun untuk diberi pendedahan dan mengembangkan lagi bakat mereka. Selepas beberapa tahun diharap kelompok ini dapat kembali membawa Malaysia ke Piala Dunia,’ tambah Datuk Noordin.

Skuad FC Bari 1908
Skuad FC Bari 1908

Datuk Noordin memiliki 50 peratus saham kelab Itali itu. Beliau mahu bermula dari kelab kurang ternama seperti FC Bari 1908 walaupun turut sama mengintai peluang kelab Serie A seperti Lazio. “Saya mensasarkan untuk membawa Bari menjuarai Serie A dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Akhbar Itali sebelum ini melaporkan Datuk Noordin yang merupakan ahli perniagaan berkaitan minyak, berlian dan fesyen, telah membeli 50 peratus kepentingan kelab itu yang bernilai RM53.159 juta atau 12 juta euro.

FC Bariii

Kelab FC Bari 1908 yang berpangkalan di Apulia merupakan kelab di selatan Itali. Kelab itu pernah memegang rekod perpindahan termahal untuk pemain British apabila mendapatkan David Platt dengan harga 5.5 juta pound pada 1997. Semoga ada pemain muda Malaysia yang sama-sama berjuang di FC Bari 1908 untuk membawa kelab itu ke Serie A dan mungkin menjulang piala Serie A. Leicester City boleh, kelab lain pun boleh.