Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini, pelakon Norreen dikhabarkan telah bercuti bersama keluarga dan beberapa rakan influencer ke Hatyai, Thailand. Bermula dengan kegembiraan, percutian mereka berdepan masalah apabila ditipu dengan lelaki yang menguruskan pakej percutiannya itu.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsiannya di Tiktok, Norreen cuba menyelesaikan isu tersebut apabila duit yang telah dibayar didakwa telah dilarikan menyebabkan dia terpaksa menanggung sebanyak RM5,000 untuk pengangkutan pulang ke Malaysia sedangkan sudah membayar penuh pakej percutian itu.

@norreen143_

♬ original sound – Norreen143 – Norreen143

@izzlaniskandar

Part 2

♬ Tadow – Masego & FKJ

@chihowe1

Replying to @Mala Nor cara dia buat tu dengan muka yg langsung tak menyesal… memang perhhhhh #fyp #tiktok

♬ original sound – Bulu Ketiak – Bulu Ketiak

Selain Noreen, influencer yang mengikuti percutian itu juga memuat naik video menjelaskan perkara yang terjadi. Difahamkan, Noreen yang hilang sabar apabila berdepan dengan situasi itu bertambah berang apabila individu yang menguruskan percutian tersebut masih cuba menafikan dan memutar belit cerita yang sebenar.

Setelah didesak, lelaki itu mendedahkan wang tersebut telah dipindahkan ke individu berstatus ‘Datuk’. Tambahnya, bayaran tersebut ditanggung ibu kepada lelaki itu tetapi dia tetap akan akan membuat laporan polis kerana butiran peribadinya ada pada individu tersebut dimana boleh disalahgunakan.

“Even dia settle dah the payment on last day, instead of kami yang bayar, ibu dia yang tolong bayarkan as what he mentioned lah.

“Saya akan teruskan dengan laporan polis kerana butiran peribadi kami ada pada dia. Dia sering menggunakan nama orang lain untuk meyakinkan orang lain pula la gitu,” katanya.

Oleh itu, anda yang mahu melancong menggunakan pengendali pelancongan, pastikan dahulu sama ada ia memiliki lesen yang sah agar tidak menjadi mangsa penipuan.