Kita kini berada di masa serba tidak menentu, wang adalah sesuatu perkara yang paling penting dan menjadi antara pegangan untuk semua manusia terus hidup di zaman serba yang tidak menentu ini.

Di zaman yang serba mahal ini, gaji yang diperoleh sudah pastilah mahu digunakan sebaik-baiknya dan sejimat-jimatnya. Namun bagaimana jika gaji bulanan anda adalah RM450 sebulan? Bolehkah anda hidup selama sebulan dengan wang sebanyak itu?

Persoalan di atas mungkin kedengaran seolah khayalan, namun ia adalah realiti yang menimpa salah seorang pengikut Twitter selebriti terkenal Fedtri Yahya.

Dalam ciapan terbaharunya, Fedtri Yahya memuatnaik satu tangkap layar mesej yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya di Twitter yang bertanya adakah normal di zaman sekarang ada lagi orang yang masih menerima gaji di bawah RM500.

“Assalamualaikum tuan, i need your help to ask around. Normal ke masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang meningkat sekarang ni? Anyway saya bekerja sebagai guru di sebuah ‘tadika islamic’ yang saya tak nak sebut namanya,” katanya yang tidak dirahsiakan identitinya.

Pertanyaan daripada pengikut tersebut mendapat reaksi kurang senang daripada Fedtri Yahya yang berkata “tak dapat dibayangkan…” apabila membaca persoalan guru tadika tersebut yang bergaji RM450 di zaman serba moden.

Fedtri Yahya cuba bersangka baik dengan berkata bahawa mungkin gaji yang diperoleh cikgu tersebut adalah mengikut jumlah murid yang didaftarkan bersekolah di tadika tersebut.

Selepas ciapan itu dimuatnaik, terdapat tiga orang lagi yang bekerja sebagai guru tadika tampil mengaku bahawa mereka mendapat gaji di paras RM500 sebulan. Salah seorang daripadanya malah akui, tadika kemas masih membayar gaji dengan kadar itu.

Ciapan tersebut kini mendapat lebih 3,000 ulang ciap dengan beratus komen. Kebanyakan netizen menyatakan rasa terkejut dengan situasi guru tadika yang masih bergaji rendah di zaman serba mahal.

Sebahagian yang lain pula mula berkongsi pengalaman mereka atau teman mereka yang pernah bekerja sebagai guru tadika, difahamkan kebanyakan mereka dibayar dengan gaji yang rendah sepanjang menjadi guru tadika.

 

 

 

 

 

Keliru Fedtri Yahya dengan Ally Iskandar, telatan kanak-kanak ini cuit hati netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Keliru Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Telatah Kanak-Kanak Ini Cuit Hati Netizen

Itinerari 9 Hari Kembara Solo Fedtri Yahya Ke 6 Negara Balkan

Fedtri Yahya Jelaskan Maksud Sebenar Lirik ‘Miskin, Hina’ Dalam Lagu Sesuci Lebaran