Sejumlah remaja di sebuah universiti di Provinsi Shanxi China utara dilaporkan telah dijangkiti norovirus. Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di Taiyuan mengesahkan pelajar yang dijangkiti menunjukkan gejala muntah, cirit-birit dan demam.

Anggota kakitangan hospital universiti kemudian mengesahkan maklumat terbabit, tetapi enggan memberikan apa-apa maklumat tambahan berkenaan status pelajar yang dijangkiti.

“Pada masa ini, hospital kampus dipenuhi dengan pelajar yang dijangkiti dan bilik asrama lelaki telah ditutup. Pelajar lain (yang tidak dijangkiti) hadir ke kelas seperti biasa,” kata beberapa pelajar di universiti itu kepada media.

Pada petang Khamis lalu, universiti mengeluarkan kenyataan bahawa setelah rawatan, keadaan pelajar telah bertambah baik, dan beberapa daripada mereka telah pulih.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa ujian oleh jabatan pengawasan kesihatan di bandar ini tidak menemui satu pun sumber makanan tercemar di kampus yang mungkin menjadi penyebab tularnya wabak tersebut.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, lebih daripada 30 wabak norovirus telah dilaporkan di seluruh negara sejak September tahun ini dengan jumlah 1,500 kes.

Norovirus bukanlah berasal dari keluarga coronavirus. Coronavirus menyebar dari orang ke orang melalui cecair, norovirus pula akan tersebar daripada tinja orang yang dijangkiti.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Penjual Air Botol Jadi Individu Terkaya Di China, Bagaimana Dia Menewaskan Jack Ma?