Bercakap tentang buah-buahan, sekarang di Malaysia sedang musim buah durian. Mana tidaknya, jika ke kampung-kampung pasti anda dapat lihat ramai orang menjual buah durian. Berbeza pula dengan luar negara, sekarang merupakan musim buah ceri membuah dengan banyak.

Siapa yang tidak menyukai buah ceri yang memiliki rasa manis dan masam? Rasanya yang enak pastinya akan membuat anda tidak henti menikmati buah ceri. Malah, terdapat 1001 khasiat yang terdapat dalam buah ceri selain baik untuk kesihatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-07-01_11-43-25

Berikutan itu, Tesco Malaysia telah membawa masuk Northwest Cherries ke pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Northwest Cherries merupakan antara buah ceri yang terbaik di Amerika Syarikat.

Malah, Tesco Malaysia telah bekerjasama dengan guru kecergasan Kevin Zahri telah melancarkan kempen ‘Cheers to Cherries’. Anda kini dapat menikmati buah ceri yang memiliki rasa yang sedap, dan mendapat khasiat seperti kulit akan lebih cantik dan banyak lagi.

Jika anda mengamalkan memakan buah ceri secara konsisten, anda akan dapat mengawal penyakit alzheimer’s, diabetes, kanser dan juga gaot secara semulajadi. Bagi anda yang ingin menikmati buah ceri yang enak ini, anda bolehlah ke cawangan Tesco berdekatan anda dan membeli ia. Untuk maklumat lanjut mengenai buah ceri ini, anda boleh layari laman sesawang ini.

photo_2019-07-01_11-43-12