Rata-rata memuji comeback pengacara penuh pengalaman, Azwan Ali mengacara program terbaru TV3, Lagu Cinta Kita 2 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Imej baharu Azwan Ali dalam program tersebut dipuji kerana lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Disebabkan viral penampilan terbaru Azwan Ali ini, ia turut mendapat perhatian Nabil Ahmad, pengacara untuk sebuah lagi program live yang bersiaran pada hari dan waktu yang sama.

Dalam program tersebut, gurauan Nabil itu dikatakan tasteless atau tidak patut oleh netizen. Nabil sepatutnya tidak membuat gurauan seperti itu kerana pengalaman Azwan Ali dalam bidang seni adalah berpuluh tahun lebih senior berbanding Nabil.

Netizen juga berkata ia bukan pertama kali Nabil membuat gurauan tidak profesional. Setiap gurauan tersebut biasanya berakhir dengan permohonan maaf oleh Nabil secara terbuka.

Peminat turut menasihati Nabil supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan tidak semua perkara boleh dibawa bergurau lebih-lebih lagi Azwan Ali merupakan individu yang lebih berpengalaman berbanding beliau.

Untuk yang terlepas untuk menonton Lagu Cinta Kita 2, boleh menontonnya di YouTube. Anda suka dengan konsep program TV3 ini?

Ini pula artikel berkaitan Azwan Ali ketika penampilan pertama beliau dalam program Lagu Cinta Kita 2. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen

Kasih Sayang Sentiasa Menang, Naim Daniel Kongsi Video ‘Duet’ Bersama Azwan Ali

Dari Mat Despatch Ke Oscars, Nabil Ahmad Pandai Merencanakan Masa Depannya

Anda Mungkin Suka