Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu baru yang saya peroleh. Silakan membaca dengan gembira.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian Bisnes Bersama Tuan Hasbul ‘Ariff (Majalah Niaga)

Nota ini saya dapati semasa perkongsian bisnes bersama Tuan Hasbul ‘Ariff yang berlangsung pada 21/2/2016.

Berikut adalah perkongsian beliau:

1. Kenali dan jelas ‘Big Why’ kita.

Hasbul Ariff
Tuan Hasbul ‘Ariff

‘Big Why’ adalah perkara yang menyebabkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

‘Big Why’ yang jelas akan sentiasa menolak kita untuk sentiasa maju.

Kita kena kaji dan cungkil betul-betul apa ‘Big Why’ kita. Dan bila kita tahu, kita akan buat kerja dengan rela dan tidak terpaksa.

Perkara kebendaan bukan ‘Big Why’ yang baik. Contohnya, duit bukan ‘Big Why’ yang baik.

“Seseorang yang mempunyai ‘Big Why’ bukan material dapat menjana pendapatan lebih daripada mereka yang mempunyai ‘Big Why’ berlandaskan perkara material/ duit.”

Contoh ‘Big Why’ yang baik adalah ‘serving others.’ Menjadi manusia bermanfaat kpd orang lain.

2. Minda Bisnes

Di mana dan ke mana kita?

hasbulariff-02

Ingat lagi dengan teori 4 kuadran Robert Kiyosaki?

Bagi Tuan Ariff, 4 kuadran ini bukan tahap status tetapi ianya mindset. (Employees, Self Employed, Business Owner, Investors).

Kalau mindset masih lagi ‘Self Employed’, kita akan selamanya berada di sini. Kena ada mindset bisnes (fikirkan bila mahu ada team, bila mahu ada sistem). Kena mula fikir, walau sekarang masih ‘Self Employed’.

Nasihat praktikal Tuan Hasbul Ariff untuk menaiki tangga mindset ‘Self Employed’ ke ‘Business Owner’.

1. Asingkan duit peribadi dan duit bisnes.

Ambil gaji sekadar keperluan, tangguhkan dahulu kepuasan dan kehendak.

Kenapa perlu urus kewangan syarikat dengan baik?

Kerana, mahu bayar zakat perniagaan 2.5%. Biasakan diri. Asingkan 2.5% keuntungan, walaupun belum lagi capai tahap perlu bayar.

Kalau duit masuk keluar, untung rugi tak di kira dengan baik, mana jumlah yang kita mahu darabkan dengan 2.5%?

Jadikanlah, mahu membayar zakat perniagaan di antara ‘Big Why’ kita. Tanamkan azam mahu bayar zakat dengan banyak dan meningkat setiap tahun. Aamiin.

2. Mindset Membina Ahli Pasukan

Staf pertama, kedua dan ketiga dicadangkan adalah untuk tingkatkan jualan (sales). Dan yang keempat barulah akauntan.

Asingkan duit untung, tambahkan paid up capital.

3. Bangunkan SOP (Standard Operating Procedure)

Bangunkan SOP walaupun masih bekerja berseorangan.

Kenapa SOP? Agar operasi syarikat kita lebih licin, dan bernilai tinggi di mata ( bank, auditor dan investor).

SOP menerangkan tatacara kerja yang sepatutnya dibuat. Buat dahulu dan perbaiki dari semasa ke semasa.

4. Buat keputusan ikut data dan fakta.

Jangan buat keputusan mengikut emosi.

Buat kajian pasaran. Walaupun agak mahal dan perlukan masa, tapi inilah yang akan menjimatkan dan membantu dalam banyak perkara.

3. VISI Bisnes

Pastikan visi bisnes kita ada 4 ciri ini:

hasbulariff-03

R – Realistic
C – Credible
A – Attractive
F – Future

Buat dan perincikan ‘Visi Bisnes’ kita, 3 tahun dan 10 tahun akan datang.

[VISI + Big Why] yang jelas = membuatkan kita berpegang pada bisnes kita, dan kita akan buat sampai jadi.

Kalau masih tak jelas, itulah sebab kita asyik nak bertukar bisnes sentiasa.

4. Strategi Bisnes G.K.G

Puan Suraya, Lunatots
Puan Suraya, Lunatots

Get Customers – contoh cari 100 org customer baru.

Keep Customers – sentiasa jaga dia.

Grow Customers – pelan pembeliannya. Semasa dia membeli pertama kali, kita sudah merancang untuk beliau melakukan pembelian seterusnya.

“Layanan adalah produk pertama yang dibeli pelanggan, sebelum produk kita.”

5. Ilmu Bisnes vs Ilmu Pengurusan Bisnes

Penulis, Cik Nafisah (tudung pink) bersama-sama Tuan Fadhli dan Tuan Aqif Azizan.
Penulis, Cik Nafisah (tudung pink) bersama-sama Tuan Fadhli dan Tuan Aqif Azizan.

Ilmu Bisnes

Dari siapa kita boleh belajar ilmu bisnes? Dari pemilik bisnes yang sudah berjaya.

Bagus untuk kita motivasikan diri kita.

Kita juga dapat belajar selok belok bisnes, wangi dan hanyir bisnes.

Dengan networking kita juga boleh tahu lubuk pembekal.


Ilmu Pengurusan Bisnes

Dari siapa kita boleh belajar ilmu pengurusan bisnes? Kadang-kala orang yang makan gaji lebih tahu dan pakar.

Antara ilmu pengurusan bisnes ialah ilmu pengurusan staf, ilmu simpan kira, ilmu pengurusan kewangan dan lain-lain.

“Bila kita buat bisnes, kadang kala masalah kita bukannya pada ilmu bisnes, tetapi kurangnya ilmu pengurusan bisnes.”

“Cara jimat yuran kelas motivasi; tahu dan jelas apa Big Why anda. Bukan tak boleh pergi kelas motivasi, tapi kalau pergi biarlah berkesan.”

6. Kenal dan Faham Pelanggan

Moderator, Tuan Firdaus Yasin
Moderator, Tuan Firdaus Yasin

Buat kajian pasaran.

Buat soal selidik, agar kita buat ayat iklan dengan mesej yang betul.

Tukar mesej iklan kita nampakkan solusi yang kita tawarkan.

Sudah siap semua langkah di atas, barulah run Fb Ads.

“(Apabila berniaga, kadangkala) bukan barang yang tidak laku, tetapi mesej yang tidak laku.” – Tuan Aqif Azizan.

7. Pembangunan Ahli Pasukan

Tunjukkan career path kepada semua ahli.

Gali ‘Big Why’ peribadi setiap ahli pasukan kita. Pastikan mereka jelas kenapa mereka bekerja.

Beri perhatian kepada setiap orang, walaupun mereka hanya pembungkus parcel. Setiap orang sangat penting bagi syarikat.

8. SOP

Buat yang mudah-mudah sahaja dulu, setiap bulan cuba untuk perbaiki yang mana kurang.

“Kita tak baiki orang, kita baiki sistem.”

Penutup

Sekian, terima kasih kerana membaca hingga habis nota panjang dari saya. Ini adalah sedikit sebanyak sharing yang dapat saya kongsikan.

Alhamdulillah Allah mudahkan saya menghadiri perkongsian ini. Terima kasih kepada Tuan Ariff atas perkongsian.

Ambil yang mana baik dan amalkan untuk bisnes kita. Maafkan bahasa dan ayat ringkas saya. Saya rasa perlu saya berkongsi disini kerana ilmu sebegini sangat berguna bagi pengurusan bisnes secara menyeluruh. Ilmu ini hanya akan bernilai bagi yang salin dan buat tindakan.

InshaAllah.

Dari Allah, Untuk Allah. InshaAllah.

BACA: Tip ‘A to Z’ Kejayaan Bella Ammara Ditubuhkan Dan Beroperasi Tanpa Pinjaman Bank