Nothing baru-baru ini telah melancarkan TWS terbar mereka iaitu Nothing Ear (stick). Model TWS yang dilancarkan pada kali ini merupakan model TWS keluaran Nothing dengan penawaran harga yang lebih mampu milik.

Nothing Ear (stick) ditawarkan output audio 12.6mm serta ditala oleh Nothing sendiri. Sebanyak tiga mikrofon ditawarkan dan juga disertakan dengan perlindunugan IP54.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengulas mengenai masa penggunaan, pengecasan penuh Nothing Ear (stick) menawarkan sehingga 7 jam waktu mendengar audio manakala kerangka Nothing Ear (stick) pula menawarkan pengecasan penuh bagi TWS ini sehingga tiga kali. Pengecasan selama 10 minit membolehkan model ini dapat digunakan sehingga 2 jam.

Mengulas mengenai harga, Nothing Ear (stick) sedia ditawarkan pada harga serendah RM469 sahaja. Buat pasaran Malaysia, Nothing Ear (stick) sedia ditawarkan bermula esok iaitu 28 Oktober di butik pakaian Crossover manakala penjualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada sedia ditawarkan bermula 4 November ini.