Sekitar tahun lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pengenalan cukai digital yang bakal bermula 1 Januari 2020. Cukai ini bakal dikenakan kepada beberapa platform digital yang mengenakan bayaran kepada para pelanggan.

Melalui notis cukai digital yang dihantar Google, syarikat ini mengesahkan pengguna akaun Google G Suite bakal dikenakan cukai sebanyak 6% berdasarkan servis yang dipilih pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
google-g-suite-cover
Antara servis yang tersedia pada Google G Suite

Menurut salinan panduan disediakan Jabatan Kastam, cukai digital ini bakal merangkumi sejumlah besar platform yang tersedia di atas talian termasuk muzik, e-buku, filem, perisian, iklan, aplikasi dan pelbagai lagi.

Antara platform popular yang turut dikenakan cukai digital adalah YouTube Premium, Netflix, Spotify, Apple Music, Joox dan pelbagai lagi. Pengenalan cukai ini secara tidak langsung bakal meningkatkan langganan bulanan servis yang dipilih pengguna.

Sebelum ini, FINAS dilaporkan mahu menapis kandungan yang tersedia di Netflix sehingga mendapat perhatian pelakon Sharifah Sakinah. 

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

Akan Baring Di Hadapan Bangunan FINAS, Sharifah Sakinah Minta Jangan Ganggu Netflix

Sumber