Anda yang mengumpul novel Harry Potter sejak keluaran pertamanya pada tahun 1997 mungkin perlu periksa semula koleksi anda.

Melalui laman lelongan Bonhams, novel pertama yang ditulis J.K. Rowlings, Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang diterbitkan pada tahun 1997 mungkin akan terjual dengan nilai di antara USD52,500 USD – USD 78,500 USD (~RM214, 000 – RM320,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai salah satu barang lelongan dalam kategori “Fine Books, Manuscripts, Atlases and Historical Photographs”, novel ini dianggap unik kerana mempunyai beberapa kesalahan ejaan yang dianggap unik buat para pengumpul.

HarryPotter Auction

Versi ini juga turut mengandungi satu sticker khas dengan signature J.K Rowling dan hanya 500 unit versi pertama ini dihasilkan.

Lelongan akan dibuka pada hujung bulan ini. Jika novel Harry Potter anda serupa dengan apa yang pihak Bonhams akan jual, anda memang sangat bertuah.