Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja tajuk lagu Sweet Child O’ Mine, terus peminat akan tahu tentang lagu Guns N’ Roses ini. Sesiapa yang mendengar Sweet Child O’ Mine pasti tidak akan melupakan kehebatan petikan gitar Slash pada lagu ini.

Namun jika perlu memilih satu lagu balada terbaik daripada kumpulan ini, peminat pasti akan memilih November Rain. Lagu yang berdurasi 8 minit 57 saat ini bermula dengan permainan piano oleh Axl Rose dan diakhiri dengan ‘gorengan’ gitar oleh Slash membuatkan peminat terleka walaupun lagu ini mencecah durasi 9 minit.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

November Rain mempunyai sejarah yang tersendiri buat Axl Rose. Menurut bekas pemain gitar Guns N Roses, Tracii Guns beliau sudah mendengar Axl menggubah lagu November Rain ini sejak tahun 1983 lagi. Namun 10 tahun kemudian barulah lagu ini disiapkan secara penuh dan dimasukkan dalam album Use Your Illusion I. Di bawah ini adalah rakaman demo awal lagu November Rain yang dimainkan oleh Axl Rose pada tahun 1986.

Lirik lagu November Rain ditulis berdasarkan kisah buku pendek tulisan Del James berjudul ‘Without You’. Buku berkenaan menceritakan tentang seorang pemuzik blues yang kehilangan teman wanita yang dia sayangi kerana membunuh diri. Rakaman pertama lagu ini pada awalnya adalah sepanjang 25 minit tetapi Axl Rose akur dan menyunting lagu ini menjadi 8 minit 57 saat sahaja.

Cetakan buku ini sangat terhad dan dikatakan ia dicetak semula pada tahun 2008. Dalam cetakan terbaru dalam buku itu, terdapat intro yang ditulis oleh Axl Rose sendiri yang mengatakan: “Del James ada pengetahuan yang sangat luas dalam banyak hal dan situasi yang beliau tulis”. Malah beliau juga turut menyumbangkan dua lagu pada Guns ‘N Roses, The Garden dan Yesterdays.

Selain itu video muzik November Rain merupakan antara video muzik termahal pernah dihasilkan oleh sebuah kumpulan rock. November Rain telah menjadi video muzik paling mahal kumpulan berkenaan ketika ianya ditayangkan di MTV pada tahun 1992. Kos pembikinan video muzik ini telah menelan belanja sebanyak $1.5 juta (RM 6.2 juta).

Tahun 1992 juga, video muzik November Rain memenangi anugerah sinematografi terbaik pada anugerah MTV. Guns N’ Roses turut bergandingan dengan Elton John untuk acara penutup anugerah MTV 1992 pmenyanyikan lagu ini.

Hebatnya lagu November Rain ini adalah ianya menjadi lagu ‘rock kapak’ pertama yang mencecah tontonan 1 billion di YouTube. Menurut YouTube, jumlah tontonan video muzik November Rain akan meningkat naik setiap kali bermulanya bulan November.

Begitulah betapa ‘berhantunya’ lagu November Rain ini sehingga ke hari ini. Selepas 30 tahun, line up hebat Guns N’ Roses akan menghiburkan peminat di Malaysia esok!

Bersempena bulan November ini, Guns ‘N Roses bakal mengadakan konsert mereka di Malaysia. Dikatakan ini mungkin konsert terakhir mereka. Oleh itu kepada peminat Guns ‘N Roses jangan melepaskan peluang untuk pergi menyaksikan konsert ini. Tiket masih boleh beli di sini.

Datang pula mereka pada bulan November, jadi lagu November Rain pasti lebih bermakna buat peminat setia Guns N’ Roses.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

Anda Mungkin Suka